Wednesday, August 25, 2010

Nasi goreng tomyam

Bahan-bahan (4 orang):

2 mangkuk nasi sejuk
udang segar secukupnya
sotong secukupnya - dipotong bulat
200gm isi ayam - potong kecil
4 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang serai - diketuk
4 biji cili padi - dihiris/ditumbuk
1 paket perencah tomyam / 2 kiub stok tomyam
sayur kubis secukupnya - dihiris
1 batang karot - dipotong memanjang
1 biji buah tomato - potong dadu
3 helai daun limau purut - dihiris
2 biji telur
garam secukupnya

Cara memasak:

1. tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. masukkan perencah tomyam dan cili padi. kacaukan rata. jika terlalu kering bolehlah ditambahkan sedikit air.
3. kemudian masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam masak.
4. masukkan udang, sotong, karot, tomato, serai dan daun limau purut. gaulkan rata.
5. pecahkan telur dan taburkan garam secukup rasa.
6. masukkan nasi dan gaulkan sebati.
7. akhir sekali masukkan sayur kubis dan gaulkan rata.
8. padamkan api. angkat dan hidangkan.

Tuesday, August 24, 2010

Mee Hailam

Bahan-bahan (5 orang):

350gm mee kuning
300gm udang sederhana besar
75gm daging lembu tanpa lemak - dipotong kecil2 dan direbus dengan 200ml air sehingga empuk
2 biji buah tomato - dibelah 4 atau 6 ikut suka
300gm sayur sawi - dipotong
400gm sayur kobis - dipotong (optional kalau suka)
2 biji bawang merah - dicincang/tumbuk halus
4 ulas bawang putih - dicincang/tumbuk halus
1/2 biji bawang besar - dipotong bulat
1 sudu makan tepung jagung
5 biji cili padi - dihiris
2-3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak
garam secukup rasa

Cara memasak:

1. tumiskan bawang merah dan putih di atas api yang perlahan sehingga harum
2. masukkan daging serta air rebusannya bersama dengan udang
3. kemudian masukkan semua jenis sayur apabila kuah mendidih
4. masukkan mee kuning, cili padi, buah tomato, garam dan bawang besar
5. kacau dan biarkan mendidih semula
6. masukkan bancuhan tepung jagung
7. tambahkan kicap. kacau rata
8. hidangkan bersama2 dengan cili potong

Monday, August 23, 2010

Puding Coklat

Bahan-bahan:-

· 10 g serbuk agar-agar
· 2 cawan air
· 1 cawan susu segar
· 3/4 cawan serbuk minuman coklat(less sugar) + sedikit air panas (dibancuh)
· 3/4 cawan gula pasir (kalau serbuk coklat dah manis, kurangkan sukatan gula)
· 1/4 sk serbuk kulit kayu manis/esen vanilla (optional)


untuk ganache :
40 gm coklat masakan + 1 sudu besar butter + 1/4 cawan susu segar/air

Cara-cara :
1. Didihkan air bersama serbuk agar-agar dan gula.
2. Masukkan susu segar dan bancuhan serbuk coklat. Didih dgn api kecil.
3. Masukkan serbuk kulit kayu manis atau esen vanilla. Tutup api. Tapiskan dan tuangkan ke dalam bekas/loyang. Sejukkan seketika sebelum disimpan ke dlm peti sejuk.
4. Untuk ganache, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan sambil dikacau sehingga pekat.
5. Keluarkan puding dari peti sejuk. Tuangkan ganache di atasnya.

Wednesday, August 18, 2010

KACANG BOTOL GORENG

Bahan-bahan:

15 biji kacang botol | pilih yang muda

5 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

2 batang cili merah

½ inci halia

200gm perut lembu | direbus dan dipotong kecil

2 sudu makan kicap

2 sudu makan minyak kelapa

Gula dan garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Panaskan air dan celur kacang botol. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan halia hingga berbau wangi.

3. Setelah itu, masukkan perut dan biarkan masak seketika.

4. Perasakan dengan kicap, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.

5. Akhir sekali, masukkan kacang botol dan kacau rata.

6. Angkat dan hidangkan.

Tuesday, August 17, 2010

MI KARI

BAHAN MI:
1 bungkus mi kuning
100gm tauge
50gm sawi
2 keping tauhu | digoreng dan dihiris halus
1 batang daun sup | dihiris halus
Bawang goreng secukupnya

BAHAN KUAH KARI:
200gm isi ayam | dipotong
3 biji ubi kentang | dipotong dadu
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2sm halia
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
2 sudu makan cili kering
1 sudu makan udang kering
1 sudu makan rempah kari
500ml santan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Untuk memasak kuah kari, panaskan minyak dan tumis bahan hirisan sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis sehingga garing.
3. Masukkan pula ayam dan ubi kentang. Kacau rata.
4. Seterusnya masukkan santan dan perasakan. Biarkan mendidih.
5. Akhir sekali, hidangkan bersama mi kuning, tauge, sawi, tauhu, daun sup dan bawang goreng. Sedia untuk dimakan.


Sumber: www.rasa.com.my

PUDING ROTI MENTEGA

BAHAN-BAHAN:
6 keping roti sandwic | potong tiga segi
500ml susu segar
3 biji telur
50gm gula

BAHAN TABUR:
Gula perang secukupnya
Buah-buahan campuran secukupnya
Mentega secukupnya | dipotong kecil-kecil

BAHAN SOS:
250ml susu segar
1 sudu teh vanila
30gm gula kastor
2 biji kuning telur

CARA MEMASAK:
1. Susun roti di dalam loyang secara bertindan.
2. Selepas itu tuang susu atas roti hingga basah dan masukkan bahan tabur.
3. Kemudian susunkan roti dan ulang lagi proses sama. Lakukan sebanyak empat lapis dan bakar hingga masak Sejuk dan ketepikan.
4. Membuat sos, satukan kesemua bahan sos dan masak di atas api perlahan. Tapis.
5. Tuangkan di atas puding roti tadi.


Sumber: www.rasa.com.my

Monday, August 9, 2010

Ikan Bawal Masak Limau Nipis

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili padi (ketuk)
2 tangkai cili merah (hiris kasar)
1 biji tomato
4 biji limau nipis
3 sudu besar kicap sotong
6 sudu besar air gula
350 ml air
Garam

CARA MENYEDIAKAN:
1.Bersihkan ikan dan goreng sehingga ga­ring. Angkat dan asingkan.
2.Sementara itu hiris bawang besar, bawang putih dan tomato.
3.Kemudian rebuskan bahan hirisan ini di dalam periuk.
4.Masukkan cili merah dan cili padi. Tambahkan kicap sotong, air gula, garam dan perahan air limau nipis.

Sunday, August 8, 2010

Asam Pedas

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung
3 ulas bawang putih (tumbuk)
4 ulas bawang merah (tumbuk)
2 cm belacan
1 batang serai (ketuk)
1/2 cawan cili kering kisar
100 gm kacang bendi
1 cawan air sam jawa
Garam

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan belacan hingga garing.
2.Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
3.Masukkan serai dan air asam. Setelah kuah mendidih, masukkan ikan dan kacang
bendi. Jika anda tidak suka rasa masam, kurangkan air perahan asam jawa,
tambahkan dengan sedikit air.

Saturday, August 7, 2010

Ikan Kurau Masak Asam

BAHAN-BAHAN:
300 gm ikan kurau
5 tangkai cili kering (potong panjang)
1 labu bawang besar (potong bulat)
2 cm halia (racik halus)
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk halus)
3 ulas bawang putih (mayang)
1 sudu besar asam jawa (campur air)

CARA MENYEDIAKAN:
1.Gorengkan ikan kurau sehingga garing, angkat dan tuskan.
2.Gorengkan pula cili kering dan bawang besar sehingga layu.
3.Setelah itu masukkan pula bawang putih, halia dan lada hitam.
4.Setelah naik bau, masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Apabila mendidih
barulah masukkan ikan kurau tadi.
5.Sedia untuk dihidangkan.

Friday, August 6, 2010

Kari Jenahak

BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan jenahak
3 biji tomato
1 biji kelapa
3 labu bawang besar (hiris)
4 ulas bawang putih (hiris)
10 tangkai cili kering (kisar)
1 tangkai daun kari
2 peket rempah kari ikan
Sedikit garam dan air

CARA MENYEDIAKAN:
1.Bersihkan ikan dan ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan daun kari
sehingga naik bau.
3.Masukkan pula cili kering bersama rempah kari ikan. Kacau seketika.
4.Setelah itu masukkan santan dan ikan tadi.
5.Renehkan di atas api sederhana sehingga ikan separuh masak. Seterusnya, masukkan
tomato dan garam secukup rasa.

Thursday, August 5, 2010

Ikan Kembung Bakar Berlada

BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung besar
3 ekor ikan kembung besar
3 sudu besar cili kering kisar
1 batang serai
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Ikan dikelar bahagian tengahnya.
2.Kisar serai, bawang merah, bawang putih, halia, garam dan gula pasir. Campurkan
cili kisar hingga sebati.
3.Lumurkan bahan kisar pada ikan hingga rata dan bungkus dengan daun pisang.
4.Panggang ikan atau­pun masukkan dalam ketuhar hingga masak.

Asam Pedas Tempoyak Ikan Patin

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin
6 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan
40 ml air asam jawa
250 ml air
2 sudu besar tempoyak
Minyak

BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm kunyit hidup
10 tangkai cili kering
20 gm belacan

CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit belacan
sehingga naik bau.
2.Setelah tumisan hampir garing, masukkan cili dan ku­nyit. Tumis lagi sehingga wangi.
3.Selepas itu, tuangkan air asam jawa dan air secukupnya.
4.Masukkan daun kesum, bunga kantan dan tempoyak.
5.Akhir sekali barulah masukkan ikan patin. Tambahkan garam secukup rasa. Kalau nak lebih
sedap, masukkan bendi. Biarkanlah kuah sehingga mendidih.
6.Setelah masak, angkat dan bolehlah dihidangkan.